2012-07-20

PUTREFIED REMAINS - "EERIE - Spread The Hate" EP 2012


25/06/2012 – PUTREFIED REMAINS dari Ipoh, Perak telah mengeluarkan rilisan pertama mereka berupa sebuah EP 3-lagu berjudul "EERIE - Spread The Hate" dalam format Pro-CDR terhad kepada 200 salinan bernombor di bawah produksi METAL PORN PRODUCTION. Dimaklumkan bahawa pengisian EP ini dijangka mengembalikan ingatan pendengar kepada band-band awal Greece seperti Varathron, Necromantia, Rotting Christ, Thou Art Lord dan seumpama. Senarai lagu yang dimuatkan di mana jumlah durasi keseluruhan 13:30 minit adalah: 

1. My Diabolical Ancient Entity (3:57)
2. The Curse by Pagan Spells (4:40)
3. The Darkling Thrush (4:53)




Bagi yang berminat untuk mendengar bagaimana hasilnya Greek Occult Metal buatan Malaysia dan mencari jawapan kepada album VARATHRON "His Majesty at the Swamp" (1993) bolehlah segera dapatkan EP ini dari pihak METAL PORN PRODUCTION yang mana dijual pada harga RM7 (edaran tangan) + RM3 (melalui pos berdaftar). Hubungi e-mel: metalporn666@gmail.com atau talian: 012-6671946.


BIOGRAFI:
Idea Penubuhan PUTREFIED REMAINS bermula pada pertengahan 2011 bilamana 2 rakan lama Poji a.k.a. Jie Mutilator dan Pyan a.k.a. Nekroshaman bertemu semula setelah hampir belasan tahun terputus hubungan (secara specifiknya selepas zaman persekolahan), Poji ingin menyatukan semula rakan-rakan lama dalam sebuah band baru yang berorientasi Black/Death Metal dari Greece yang satu ketika dulu amat sinonim dengan scene Extreme Metal di Malaysia pada awal 90an. Line-up PUTREFIED REMAINS pula terdiri dari band-band seperti INFERNAL VOID, PROFANE CREATION, DIED, DARK CHRONICLES, HELLSCREAM dan juga terhasil dari gabungan rakan-rakan lama yang suatu ketika dulu pernah "jam" bersama INFERNAL VOID (Jie Mutilator dan Thelexi Mastha) sewaktu mereka kerap berlatih di sebuah studio yang terletak di Teluk Intan, Perak (MetalZone Studio).

Line-up terkini :
NekroShaman - vokal
NecroMorbidfire - gitar
Thalexi Mastha' - gitar
Warhammer - dram
Jie Mutilator - bass

PUTREFIED REMAINS adalah tribute untuk band-band Greek Occult Metal di samping nama itu sendiri diambil bersempena nama sebuah fanzine yang begitu sinonim di daerah Hilir Perak (Teluk Intan/Hutan Melintang/Bagan Datuk) pada awal 90an iaitu PUTREFYING REMAINS, yang juga sebahagian line-up band adalah editor untuk fanzine tersebut. "EERIE - Spread The Hate" merupakan material sulung PUTREFIED REMAINS yang dikeluarkan pada 25 Jun 2012, CD/EP tersebut mengandungi 3 track yang liriknya banyak dipengaruhi kepercayaan Occult dan Mystical. Kehadiran PUTREFIED REMAINS di persada Muzik Extreme Metal di Malaysia hanyalah sekadar ingin memeriahkan lagi "scene" tanahair serta ingin berkongsi kreativiti serta minat yang amat mendalam pada muzik yg berteraskan Heavy Metal.


Kelahiran "EERIE - Spread The Hate" EP 2012 dari PUTREFIED REMAINS ini turut disusuli pengeluaran t-shirt. Bagi yang berminat untuk memiliki t-shirt eksklusif ini, ianya boleh ditempah pada harga RM25 (edaran tangan) + RM5 (untuk penghantaran pos), sila hubungi 012-6638092 (Atanz).

INFORMASI:

2012-07-18

BLOOD OF WAR RECORDS: NIGHTWOLF "BITE EM DEAD" EP


NIGHTWOLF ditubuhkan sekitar 2011 di Kajang, Selangor. Berkonsepkan Black Heavy Metal, band ini terdiri daripada Satanwolf (vokal/bass), Ironwolf (gitar) dan Direwolf (dram). Mereka dijangka merilis sebuah EP berjudul "Bite Em Dead" pada Ogos 2012 melalui label BLOOD OF WAR RECORDS. Band boleh dihubungi di e-mel: serigalamalam@hotmail.com.


INFORMASI:

2012-07-10

THE CASKET - "Dead Is Alive" EP 2012


THE CASKET adalah band Death Metal dari Sabah di mana baru sahaja mengeluarkan rakaman pertama berbentuk EP 4-lagu berjudul "Dead Is Alive". Dalam format pro-CDr, EP ini dikeluarkan oleh Earblast Records secara rasmi pada 1 Jun 2012. Lagu-lagu yang dimuatkan adalah: 1. I Am Dead / 2. Born In Casket / 3. Graveyard Vacation / 4. Voice From The Morgue.

2012-07-03

NAVRATHOS / SEBAYAN - THE LAST DAY OV HUMANITY



FLYING AXE PRODUCTIONS telah mengeluarkan Split CD berjudul "The Last Day ov Humanity" menggabungkan NAVRATHOS (Kuala Lumpur) dan SEBAYAN (Kuching, Sarawak). Split CD ini memuatkan keseluruhannya 8 buah lagu berpaksikan muzikal Unholy Black Metal. Kuantiti: Terhad 150 salinan sahaja! Harga: RM15.00

HUBUNGI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...