2013-05-23

JUMP-P - BERSEDIALAH UNTUK PENGALAMAN MUZIK TERHEBAT!


PROFIL



JUMP-P yang bermaksud “Lompat Pi” di mana Pi itu dari loghat negeri Pulau Pinang yang bermaksud “Pergi” adalah sebuah kumpulan Rock yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pengasasnya Mohd Redzuan Abd Aziz atau lebih dikenali ramai sebagai “Oney” adalah bekas vokalis LIPANBARA dan MAY. Berbekalkan keazaman yang tinggi, beliau menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada sekumpulan pemuzik profesional yang terdiri daripada artis-artis rakaman pada era 80an dan 90an.

Album pertama “Halusinasi” telah dihasilkan pada Ogos 2006 yang lebih berkonsepkan Pop Rock. Namun akibat kekurangan promosi, ia tidak berjaya mencapai potensinya. Namun, gabungan karya seni mereka beralih arah menghasilkan satu kombinasi yang unik di mana muzik simfoni rock barat dan melodi serta lirik melayu telah disatukan dan telah melancarkan Single pada 2009. Tiga tahun kemudian di tahun 2012, JUMP-P kembali bersama misi dan visi yang diperbaharui, lebih penting bersama satu bentuk muzik baru. Bersedialah untuk pengalaman muzik terhebat!
 
PERSEMBAHAN / PERANCANGAN
JUMP-P yang menengahkan muzik bergenrekan Power Metal / Simfonik Metal / Etnik Rock ini telah melibatkan diri dalam beberapa persembahan gig dan show pada tahun 2009 sebelum dan selepas lahirnya single baru mereka. Setiap persembahan mereka telah menarik perhatian pelbagai pihak atas dasar persembahan mereka yang begitu mantap, susunan muzik yang memukau diiringi pula oleh vokalisnya yang begitu terkenal dengan lagu ‘Jemu’ suatu ketika dahulu. 

Namun JUMP-P selepas itu mengambil masa untuk akhirnya mengeluarkan album penuh pada tahun 2012 dan pastinya akan menggegarkan arena Rock tanahair tidak lama lagi dengan persembahan mereka yang luar biasa. 

Promo:
■ Persembahan di Konsert King Of Stage Stadium Negara 2009
■ Persembahan sebagai artis undangan di Central Market 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di Karnival Belia di Puchong 2009
■ Persembahan Gig di EXPO Setapak 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di MCPA HALL KL 2009
■ Persembahan Gig Indie Band di Sangria Club KL anjuran SURIA FM 2009
■ Penampilan istimewa 2 lagu untuk URTV road tour MYDIN Malacca 2009
■ Penampilan 2 buah lagu untuk Program Belia di Melaka Mall 2009
■ Penampilan 3 buah lagu VC untuk RTM 2009

Mini / Full Showcase / Concert 2013:
■ Perancangan Album / Konsert Tour di beberapa negeri di Malaysia
■ Perancangan Showcases di kelab-kelab terkemuka di Malaysia
■ Perancangan show / konsert di Asia Tenggara dan Eropah

PROMOSI DI MEDIA RADIO & ONLINE
Setelah album “Wujud” dilahirkan pada 10 Disember 2012, syarikat pengurusan JUMP-P iaitu SMY EVENT & PROMO semenjak 2009, kini mengambil langkah yang lebih agresif untuk mempromosikan JUMP-P. Antaranya, beberapa sesi promo airplay/temuramah di media radio dan beberapa sesi promo airplay/temuramah juga dilakukan bersama online media/radio. Secara rumusannya permintaan lagu-lagu JUMP-P  kini sudah boleh di buat dan didengari di media/radio seperti:
http://liveradio.super-resources.com/kl-fm/
http://rms.mmu.edu.my/ (SELANGORFM)
http://www.rmtfm.blogspot.com/ (TAWAUFM)
http://www.rtm.gov.my/galaksi
http://ceriafmsempoi.blogspot.com/
http://www.duniakufm.com/
http://www.fuhfmradio.blogspot.com/
http://www.adaberanifm.net/
http://www.onlinefm.net.my/
http://www.cats.fm/
http://www.era.fm/kk-kuching/kuching
http://www.rtmsarawak.gov.my/

Dan pula boleh mengikuti perkembangan terkini di:
http://www.myspace.com/bandjumpp
http://new.myspace.com/bandjumpp
http://twitter.com/BandJUMPP (@BandJUMPP)
http://www.reverbnation.com/bandjumpp
http://www.youtube.com/user/BandJumpP

PRODUK
Album kedua JUMP-P “Wujud” dan T-Shirt JUMP-P boleh didapati di www.facebook.com/JumpPFanClub dan diuruskan oleh SMY EVENT & PROMO. Rasailah sensasi Power Metal dari para otai Rock Malaysia!

Berikut adalah promo album kedua JUMP-P berjudul “Wujud” mengandungi petikan 5 lagu dari album tersebut; 1. Wujud, 2. Moga Sempurna, 3.Sangkala Awal Sangkala Akhir, 4. Angau, dan 5. Marrobbuka...



SUMBANGAN: REEN / PR SMY EVENT & PROMO
http://www.facebook.com/dewi.thrash

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...