2014-06-04

INFERNAL VOID - ALBUM PERTAMA "ANGERGROW"


INFERNAL VOID bukanlah sebuah nama baru di persada muzik Metal tanahair. Jentera Death-Thrash Metal asal Kampung Gajah, Ipoh ini telah berada di arena underground tempatan semenjak awal era 90'an lagi. Di peringkat awal karier mereka, INFERNAL VOID telah merilis dua buah demo iaitu "The Rise Of Life" (1994) dan "Screaming For Vengeance" (1999). Selepas itu agak kurang kedengaran tentang band ini kecuali penyertaan dalam beberapa pertunjukan pentas dan kontribusi mereka di kompilasi Tribute To Silent Death (2012).

Tanpa diduga, hibernasi INFERNAL VOID rupanya berisi! Kumpulan dianggotai oleh Tjhui (vokal), Po'ee (gitar), Alan (gitar), Pogie (bass) dan Pa'a (dram) ini mengejutkan dunia metal negara dengan kelahiran album penuh pertama mereka berjudul "Angergrow". Dicetak dalam format Pro-CD, album ini memuatkan 10 buah lagu berserta sebuah outro, termasuklah lagu penghargaan mereka kepada Silent Death. Senarai penuh lagu-lagu yang dihidangkan adalah sebagaimana berikut:

01. Imagine When U Died
02. Fabulous Disaster
03. Bihasakkah
04. Anger Grow
05. Final War
06. Scream
07. Sujjaul Aqra
08. Manifesto Of Hate
09. Under One Flag
10. Inner Power (Silent Death cover)
11. Outro


Bagi anda yang meminati muzik seperti Sepultura, Slayer dan Sodom, segeralah dapatkan "Angergrow" yang diedarkan pada harga cuma RM15 [tidak termasuk kos penghantaran melalui pos]. Hubungi pihak band di talian 0125190607 (Pa'a) / 0193710825 (Tjhui) atau pihak pengurusan mereka di 0124573781 (Puteri Alaniz Sulfida). Komunikasi di laman sosial adalah seperti berikut:

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...