2014-09-22

SAMURAI - MENUJU JALAN PULANG


SAMURAI bakal kembali menerjah persada muzik metal negara, dijadualkan muncul di pentas MUAR METAL FEST II pada 1 November 2011 di Dewan Persatuan India, Muar. SAMURAI dianggap band underground pertama di Johor, ujud semenjak 1989 dengan nama asal NUCLEAR DEATH sebelum bertukar nama kepada OPERATION CORPSE sekitar 1992. Di bawah nama SAMURAI, mereka merakam dan merilis 3 buah album; "Pendekar Belantara" (2000), "Konfrantasia" (2001) dan "Angker" (2003).


Kemunculan semula SAMURAI di acara Muar Metal Fest turut diiringi pengeluaran album kompilasi berjudul "Menuju Jalan Pulang", sebuah himpunan kesemua lagu dari ketiga-tiga album yang dinyatakan tadi. Keseluruhannya terdapat 32 buah lagu, dimuatkan dalam dua CD berkembar dan hadir dalam format DVD case! Lagu-lagu tersebut diterbitkan dan diadun semula oleh Wan Samurai (gitaris & vokalis band ini). Harga edaran "Menuju Jalan Pulang" CD adalah RM45 termasuk kos poslaju.


Selain daripada CD, pihak SAMURAI juga turut mengeluarkan t-shirt berkaitan dengan "Menuju Jalan Pulang" ini. Difahamkan kuantitinya agak terhad, kualiti FOTL (Fruit of the Loom), stok tersedia saiz M, L dan XL. Harga sehelai t-shirt adalah RM60 termasuk kos pengeposan.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan samada CD atau t-shirt atau kedua-duanya sekali, sila hubungi facebook: Brader Buang atau WhatsApp: 019-2390463. Selamat pulang SAMURAI, lagenda Death/Thrash Tangkak/Muar!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...