2015-08-17

AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT MC]


Blessed those forbidden art! Selang seminggu EP 2015 AL-AZAZHIL “Forbidden Kalth” dikeluarkan dalam format CD (bersampul DVD) oleh WAKAF PRODUCTION, rilisan terbaharu band Black Metal asal Pahang ini terdapat pula dalam versi kaset. Keluaran ini adalah berformat duplikasi profesional (pro-done tape) di bawah sebual label baru di Pulau Pinang iaitu WITCHERY RECORDS mula dipasarkan pada 16 Ogos 2015. “Forbidden Kalth” menyajikan 6 buah lagu seperti senarai di bawah:

1. Intro
2. Night Wing (A Death Whisper)
3. Kalth
4. The Dusk
5. Tsu Flood Angker Divisi
6. Saitan’s Throne


Versi kaset keluaran WITCHERY RECORDS [Kat#: WR-CS02] ini juga terdapat dalam dua pilihan warna kulit iaitu Emas (Gold) dan Perak (Silver) dan dikeluarkan terhad kepada 150 unit sahaja! Pihak label turut menyediakan saguhati berupa logo pin badge untuk 50 individu pembeli pertama. Kepada semua pengumpul rilisan kaset analog mahupun mereka yang ini melengkapkan pasangan keluaran CD terdahulu, bertindaklah segera dapatkan Cassette-EP ini yang berharga RM20 (tidak termasuk kos penghantaran melalui pos). Hubungi facebook.com/syaf.suhaime atau WITCHERY RECORDS dan AL-AZAZHIL untuk selanjutnya. 

INFORMASI:
facebook.com/witcheryrecords
facebook.com/AL-AZAZHIL-475088460625

BERKAITAN:
AL-AZAZHIL - FORBIDDEN KALTH EP 2015 [FORMAT CD]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...