2015-09-17

BELASUNGKAWA: SAM KITANAICHI


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Satu lagi hari sedih buat persada muzik metal underground tempatan. Shamudin Teguh atau lebih dikenali sebagai Sam Kitanaichi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah terlibat dalam kemalangan motorsikal berkuasa tinggi di Simpang Pulai, Ipoh. Sam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4:30 petang pada usia 44 tahun. Sam adalah orang lama dalam scene, dewasa bersama gerakan muzik bawahtanah Malaysia semenjak awal 90-an lagi. Beliau juga adalah anggota kumpulan KITANAI CHI yang pernah ditampilkan dalam kompilasi Intrusion Of Dark Journey (Dark Journey Records, 1993). Keperibadiannya yang mudah berkawan, cepat mesra dan peramah, begitu bersifat penyayang, gemar berjenaka serta rajin menghulurkan bantuan membuatkan beliau amat-amat disenangi di kalangan ramai rakan dan kenalan. Pemergian Sam adalah satu kehilangan yang tiada gantinya. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pagi 17 September 2015 di Kg. Jaya Setia, Bestari Jaya, Ijok. Takziah diucapkan kepada keluarga dan warisnya; khususnya Zizie Hashim dan anak beliau Fenriz. Selamat jalan Shamudin Teguh a.k.a Sam Kitanaichi (21 November 1971 - 16 September 2015). Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.



DALAM KENANGAN: KITANAI CHI - Scattered Emotion. Sebuah band yang pernah dianggotai oleh arwah Sam. Merakam sebuah lagu berjudul Scattered Emotion yang dimuatkan dalam kompilasi bersejarah Intrusion of Dark Journey (1993). Mereka adalah antara yang terawal dalam merintis evolusi muzik metal di Malaysia. Sumbangan yang sudah cukup berharga buat generasi hari ini. Jasamu dikenang. Terima kasih.


Allahyarham Shamudin Teguh - facebook.com/babah.sam.1

1 ulasan:

  1. selamat tinggal sam semuga roh kau dirahmati ALLAH juga kpd boy punisher/OS dan rakan2 yg telah pergi AL Fatihah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...