2015-10-21

REPUTDEATH - BAKAL KELUAR DEMO KEDUA


Enjin Death Metal Kota Kinabalu, REPUTDEATH dijadualkan merilis demo baru mereka "Demo II" sekitar awal bulan hadapan, November 2015. Ini merupakan demo kedua mereka setelah kali pertama muncul dengan demo sulung "Into the Cryptos" keluaran Derangement Project Production pada tahun 2012 lalu. Menurut Mikail selaku jurucakap REPUTDEATH, "Demo II" akan mengandungi 5 buah lagu untuk mereka yang sukakan muzik Old-School Death Metal in the rotten, raw and ugly ways. Demo ini bakal dirilis oleh Chickenshit Rekod dalam format D.I.Y Tape. 

"Sebenarnya demo kedua ini sudah lama terbengkalai. Ia memakan masa hampir 3 tahun juga dar debut demo dahulu, haha!" kata Mikail yang merupakan gitaris kumpulan anak muda berkaliber ini. Menurut beliau, "Demo II" tak banyak beza sebenarnya (berbanding "Into the Cryptos" demo 2012) malah masih kekal dengan muzik Old-School Death Metal bawaan Autopsy, Obituary dan Nihilist. Sambutan dan kejayaan demo pertama dahulu telah begitu menggalakkan justeru kemampuan dan kedewasaan REPUTDEATH yang pada ketika ini (line-up 2015) terdiri daripada Sam (vokal), Faz (dram) dan Mikail (gitar) melalui "Demo II" yang bakal rilis harus diberi perhatian!


Nota: Gambar sekitar tahun 2013, sewaktu live gig pertama REPUTDEATH bersama Infernal Curse, Deathevoker, Disobeyed dan lain-lain ketika Tour Awakening Of The Damned band Infernal Curse (Arg) di mana ketika itu REPUTDEATH turut dianggotai Red Laceration (bekas pemain bass).

"Kalau dari segi struktur lagu mahupun riffing ada perubahan sedikit dari debut demo yang lepas. Jurang perbezaan tak besar sebenarnya. Jika perasan atau meneliti setiap riffing dalam debut demo dahulu mesti kamu sedar yang riffing serta kord guitar sentiasa berulang. Begitu juga dengan demo kedua ini nanti. Perubahan memang ada, itu memang saya tak boleh nafikan dalam demo yang baru ini. Apa yang mungkin sama adalah corak rakaman dan style mixing. Ini memang susah nak berubah. Bunyian kering BOSS HM-2 pedal dan disulami 'skanks beat' itulah antara isi-isi dalam demo ini nanti." Kata Mikail yang begitu teruja memperjelaskan isi-kandung rakaman terbaharu mereka. Ini sudah pasti sesuatu yang amat menjanjikan!!

Informasi: Mika Rot - facebook.com/muhammad.mikail.3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...