2015-10-31

REPUTDEATH - PROMO 2015 CD-R


31/10/2015 - Sementara menanti keluaran rasmi "Demo II" dalam bentuk kaset, REPUTDEATH terlebih dahulu mengambil langkah mengedar secara percuma "Promo 2015" dalam format CD-R yang mana dimaklumkan hanya untuk editor fanzine tempatan sahaja, dan bukan untuk dijual. Promo ini memuatkan 3 buah lagu (yang dipetik dari demo rasmi yang dimaksudkan) iaitu:

1. Carnal Disease
2. Tarman
3. Corpse Of The Dead

Bagi pembikin-pembikin fanzine yang berminat mendapatkan rilisan bertujuan promosi ini, sila tinggalkan alamat lengkap anda di riangan mesej Mika Rot - facebook.com/muhammad.mikail.3. Versi kaset "Demo II" dijadualkan rilis melalui Chickenshit Rekod pada bulan hadapan, November 2015.

BERKAITAN:
REPUTDEATH - BAKAL KELUAR DEMO KEDUA

2015-10-29

INHUMAN - MAHU RILIS "AWAKENED AT WORLD'S END" EP


INHUMAN berkemungkinan kurang dikenali di kebanyakan generasi baru penggemar muzk metal tempatan masakini namun hakikatnya inilah antara kumpulan muzik berat yang mengisi perkembangan awal metal underground di negara ini. INHUMAN ditubuhkan pada Oktober 1990 di Kuala Lumpur, aktif sekitar 5 tahun dan kemudiannya terbubar di tahun 1995 tanpa meninggalkan satu pun bahan rakaman untuk dijadikan bukti keujudan mereka. Hanya kemunculan di acara gemilang The Gathering ...beyond the Northern Winds bertarikh 31 Disember 1993 di Dewan St. John, Ipoh menjadi kenangan terindah bukan sahaja buat ahli-ahli band ini tetapi sebahagian besar peminat muzik metal pada ketika itu.

Setelah perpecahan pada 1995, INHUMAN terus menghilang dan bagai seakan tiada lagi harapan untuk mendengar semula nama tersebut. Akan tetapi, sebuah kenyataan bukanlah suatu yang maktub dan boleh terubah tanpa tiada siapa menjangka! INHUMAN kembali bernyawa dan nama mereka kian bergema bermula pengeluaran sebuah single D.O.D pada pertengahan Januari 2015, dikuti beberapa single lain; Awakening, Breathing Fire, Black Flag Rise dan yang terbaharu berjudul DuKhan.


Di peringkat awal penyatuan semula INHUMAN dalam di persada muzik metal Malaysia hanyalah oleh 3 anggota asal iaitu Fen Malique (gitar), Ishan Yusoff (gitar) dan Art (dram). Mie (vokal) dan Rizal Omar (bass) tidak dapat turut serta dek kerana kekangan dan komitmen lain. Susah-payah Fen Malique dan rakan-rakannya menitipkan roh dalam perjuangan INHUMAN akhirnya dibayar dengan kehadiran Hazry Plet melengkapi barisan keanggotaan band sediada dan dengan ini, INHUMAN telahpun berada dalam kedudukan yang cukup bersedia untuk menyambung hayat tradisi Death/Thrash Metal old-school yang pernah mereka hidangkan seawal tahun 90-an dahulu. Awas!


Benar dan sah!.. INHUMAN pada hari ini 29 Oktober 2015 telah mengumumkan bakal zahir dari mereka sebuah EP 4-lagu berjudul "Awakened At World's End". Ini lambang kebangkitan INHUMAN, satu hadiah buat seluruh penyokong mereka yang menanti sekian lama sesuatu dari band ini. Empat buah lagu yang disenaraikan bakal termuat dalam "Awakened At World's End" adalah; (1) Breathing Fire, (2) Show No Remorse, (3) Awakening, dan (4) At World's End. Bersedialah! Nantikan tarikh lahirnya!!!

INFORMASI:

TERDAHULU:

ABLASA - NAFSASY-SYAITANN PROMO 2010 [TAPE 2015]


Daya tarikan yang ada pada ABLASA nampaknya terus mendapat perhatian dan sokongan istimewa dari DEPRESSIVE ILLUSIONS RECORDS bilamana label underground yang berpengkalan di pekan Rivne, Ukraine tersebut menunjukkan minat untuk merilis semula Promo 2010 ABLASA "Nafsasy-Syaitaan" dalam format Cassette Tape. Hasilnya, material yang menjadi sejarah pembuka langkah ABLASA kira-kira 5 tahun yang lalu kembali berada di pasaran pada 9 Oktober 2015.

cut 2138: Ablasa "Nafsasy - Syaitann"
Raw Black Metal from Malaysia. Tape limited to 66 copies.
Info/Order: depressiveillusions.com/items/tape/...


Sakar, satu-satunya individu di sebalik band aliran Black Metal ini ketika dihubungi turut memaklumkan DEPRESSIVE ILLUSIONS RECORDS juga berminat untuk mengeluar produk CD dan Tape Edisi Eropah untuk demo kedua ABLASA "Maarijim min Nar" yang baru rilis September lepas namun ia masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan yang dibuat. ABLASA turut dilaporkan selesai menulis dan bakal dirakam 2 buah lagu baru untuk sebuah rilisan promo di bawah label tempatan, BLAZT PROMOTION.

INFORMASI:
facebook.com/ablasaband

BERKAITAN:
ABLASA - BEEK RUN SYATIN (EDISI EROPAH)
ABLASA - MAARIJIM MIN NAR (DEMO #2, 2015)

12/11/2015 - SICK FAST LOUD 2015

TARIKH: 12 NOVEMBER 2015 | LOKASI: APPLESEEDS STUDIO, KUCHING | MASA: 6PTG | TIKET: RM30 (Presale RM20) | BAND: FULL OF HELL (USA) / RECTAL SWAB (Indonesia) / COMPULSION TO KILL / BADxPITT / BRONCO BUSTER / EXTERMINATE / BORGORE | ANJURAN: PUNKCAROBA ENTERTAINMENT / THORNWIRE RECORDS


INFORMASI:
facebook.com/pages/Appleseeds-Jamming-Studio/203213126383772
facebook.com/punkcaroba.fanzine
facebook.com/thornwire.recs

08/11/2015 - UNLEASH

TARIKH: 8 NOVEMBER 2015 | LOKASI: THE COLONIAL BAR, CENTRAL MARKET, KUALA LUMPUR | MASA: 3PTG | TIKET: RM60 (Presale RM40) | BAND: BURGERKILL (Indonesia) / MASSACRE CONSPIRACY / THE PADANGS / INCARNATION / CASSANDRA / CARNIVOLA / DAARCHLEA / WYNKEN DELIRIUM / CAFERGOT / AS OUR THRONE | ANJURAN: GUDANG RECORDS


INFORMASI:
facebook.com/GudangRecords

08/11/2015 - METAL WARFARE

TARIKH: 8 NOVEMBER 2015 | LOKASI: SOUND X STUDIO, JALAN REKO, KAJANG | MASA: 3PTG | TIKET: - | BAND: UPON ARRIVAL / 66ROADS / DIARYPAGE22 / BUNUHDIRI / DAYLIGHT DESCENDS / BATHED IN PLACENTA / BENEATH MY WRECKED / ORPHELISK / MAXDEN / REHEARSE / BLIND TERROR | ANJURAN: GARAGE MUSIC


INFORMASI:
facebook.com/Soundxstudio

07/11/2015 - CATALYST FOR CHANGE

TARIKH: 7 NOVEMBER 2015 | LOKASI: EMBRACE HALL, TAMAN TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU | MASA: 4PTG | TIKET: RM15 | BAND: BLIND TRIBE / UNVEILED / COMPULSION TO KILL / DEWATA / MIZOR / EYES POPPING OUT | ANJURAN: KOMUNITI TANPA TIE


INFORMASI:
013-2965724 (BRO SHAKE)

01/11/2015 - SAMHAIN MUSIC FESTIVAL

TARIKH: 1 NOVEMBER 2015 | LOKASI: EMBRACE HALL, TAMAN TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU | MASA: 5PTG | TIKET: RM35 | BAND: EGO FALL (Mongolia) / SILENT HELL (Taiwan) / DYETH (Singapura) / WYNKEN DELIRIUM / ZANG WANG / BLOODY SITUATIONS / DECEIVER | ANJURAN: TFHM PRODUCTIONS / INOKII / VENT BOX PRODUCTIONS


INFORMASI:
facebook.com/events/1903470713210784
facebook.com/TFHM.PRODUCTION
facebook.com/inokiiSG
facebook.com/VentBoxProductions

2015-10-27

HUMILIATION / MASS BURIAL - SPLIT EP: WARFIELD / SURROUNDED BY CADAVERS


Dengan kerjasama dengan label; BRUTAL ART RECORDS (Jerman) dan SLAUGHTERHOUSE RECORDS (Amerika Syarikat), diriliskan split 7" EP antara HUMILIATION dan band Death Metal dari Sepanyol MASS BURIAL. Secara keseluruhan, terhad 300 keping vinyl dikeluarkan membabitkan 3 versi warna cover/vinyl, 100 keping setiap versi:
- Full Colored Cover with Crazy colored Vinyl
- Light Colored Cover with Red / Purple Vinyl
- Black White Cover with White / Turqouise Vinyl







Dalam EP ini, bahagian HUMILIATION di Side A berjudul utama "Warfield" ditampilkan 2 lagu; [1] Frontline Massacre dan [2] Hands of Manipulation, manakala bahagian MASS BURIAL di Side B bertajuk "Surrounded By Cadavers" dilengkapi juga dengan 2 lagu; [3] Surrounded by Cadavers dan [4] Order of the Mutilated. Senilukis pada cover EP adalah karya Roberto Toderico Art – facebook.com/todericoart. EP ini secara rasmi akan rilis dan dipasarkan pada awal Disember 2015 namun pihak label sudah mula membuka dan menerima tempahan.

INFORMASI:

2015-10-26

INHUMAN - DuKhan


Kumpulan INHUMAN memperdengarkan lagu ciptaan dan rakaman terbaharu mereka berjudul "DuKhan" yang mana juga merupakan yang ke-5 dalam turutan siri pengeluaran atau pra-dengar single band bertunjangkan muzikal Death/Thrash Metal old-school ini. Di samping itu, mereka dilaporkan telah memiliki line-up lengkap terdiri daripada; Fen Mmalique (gitar), Ishan Yusoff (gitar), Art (dram) dan Hazry PletI (bass & vokal). INHUMAN dilaporkan bakal merilis sebuah EP tidak berapa lama lagi.


INFORMASI:
facebook.com/pages/InHuman/1041762769172824
reverbnation.com/inhuman7

TERDAHULU:
INHUMAN - BLACK FLAG RISE (SINGLE #4, 2015)

2015-10-24

NATHIAS FANZINE - ISSUE #9 [OCTOBER 2015]


Released on 23rd October 2015.

Finally unleashed! The (unreleased) 10-years long delayed NATHIAS FANZINE issue #9 is OUT NOW!! Featuring 18 interviews, exclusively with: ANGELKILL (Usa), BYATIS (France), CADAVEROUS (Turkey), DEMISOR (Singapore), EMETH (Belgium), EVOKERS (Brazil), FROZEN SHADOWS (Canada), GERBE OF LIFE (France), HOLY DRAGONS (Kazakhstan), INFERNAL DOMINION (Usa), INFESTUM (Belarus), INTERNAL SUFFERING (Colombia), KOLDBRANN (Norway), KSK (Singapore), KULT OV AZAZEL (Usa), MORTUARY ANCESTOR (Malaysia), PERPETUAL (Malaysia) and UGRA KARMA (Nepal). 14-page of metal/underground music reviews filled to the brim! Also lots of info, poems, etc. Fully written in English, all these embedded in total 40 pages of folded, A4-sized manuscript, small fonts, neat layouts and glossy cover!. Be informed that all material are from the period of 2001-2005. Generally outdated but get it for your collective item! Hail the Aesthetics of Pure Extremity!


price:
RM10 + poslaju RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah/Sarawak)
International orders, please write first.

contacts:
facebook.com/piankvlt - local (Malaysia)
facebook.com/nathiaszine - international

official:
death-sales.blogspot.com - distribution

2015-10-22

AIRCRAFT - DEMO 2015


Ia sebuah nama yang begitu asing dalam scene muzik berat tempatan. Ditambah pula dengan barisan pemuzik yang mahu menyelindungi identiti sebenar dari pengetahuan ramai. Itulah AIRCRAFT, yang mungkin hanya mahu beroperasi sebagai sebuah band projek.

AIRCRAFT memainkan muzikal Heavy Metal atau pihak sendiri menamakannya N.W.O.T.H.M dari Malaysia! Terdiri daripada Bathurox (vokal) dan Azgtex Warrior (gitar % semua instrumen), band ini mengeluarkan "self-titled" Demo 2015 menerusi BASEMENT RECORDS. 4 buah lagu dimuatkan iaitu:

01. Stranger Behind
02. Thunder of Swords
03. Lost in Space
04. Night of the Demon


Kepada yang berminat mendapatkan produk demo dalam format Pro-Tape ini yang rilis secara rasmi dan mula berada di pasaran pada 5 September 2015, sila hubungi: orderbasementrecords@gmail.com.

INFORMASI:
facebook.com/Aircraft-729882810382711
facebook.com/BasementRekordz

MILITANT ATTACK - ATTACK, KILL & THRASH!



20/10/2015 - Agen Thrash Metal Bandaraya Kuching, MILITANT ATTACK kembali mengeluarkan hasil rakaman terbaharu menerusi rilisan "Attack, Kill & Thrash!" Promo CD 2015. Rilisan terdahulu mereka adalah "Surrender or Be Crushed!!!" EP 2010. "Attack, Kill & Thrash!" memuatkan 4 buah lagu ciptaan baru serta 3 lagu lama yang dirakam semula ditambah sebagai bonus.

Sarawak's Bumi Kenyalang Thrash Assault are back with their newest offering: Attack, Kill & Thrash!. The promo CD consists of 4 new ear piercing thrashing tracks & 3 re-recorded old ones taken from their previous releases as the added bonus tracks. Expect thrashy headbanging riffs, fast plus technical guitar & bass solos, thundering d-beat drums and harsh screaming thrash vocals that will make you puke toxic! Comes with factory-pressed CD, gloossy artwork inlays all fitted into a CD Jewel Case. MILITANT ATTACK are fucking back with heavier, faster and definitely thrashier anthems than ever before, so get yourself a fucking copy and headbang to their drunk moshing anthem or just fucking die!

Harga seunit CD: RM20 tidak termasuk kos penghantaran pos. Hubungi: facebook.com/militantattack / militantattack@yahoo.com / 016-8696167 untuk urusan pembelian atau sebarang urusan. Thrash Nyentuk Ke Parai!!!

2015-10-21

DEADHEAD FANZINE #6.66 - "THE SIXTH DEVILRY" ISSUE!


Telah terbit!! Fanzine underground tempatan beusia 18 tahun DEADHEAD kembali mengeluarkan isu terbaharu iaitu #6.66 – yang turut diberi gelaran "The Sixth Devilry" issue! Pembikinan yang memakan masa bertahun dan memerlukan dedikasi yang tinggi akhirnya mencapai kemuncak apabila isu ke-enam fanzine ini dipasar secara rasmi bermula 16 October 2015. Naskah 152 halaman bersaiz A4 ini memaparkan 27 interbiu berkualiti tinggi, eksklusif bersama:

MORBID ANGEL (US), VENOM (England), ALAN MOSES (Australia), INCUBUS/SPECTRAL BIRTH (Australia), SLAUGHTER (Kanada), MERCILESS DEATH (Poland), BULLDOZER (Itali), POISON (Jerman), EVOKED DOOM (Jerman), SAMHAIN/DESEXULT (Denmark), MORBID MAGAZINE (Norway), METAL MANIA ZINE (US), PARAGON RECORDS (US), MORBID FUNERAL (Costa Rica), TRENCH HELL (Australia), POISONOUS (Brazil), GRAVE DESECRATOR (Brazil), COBRA (Peru), EURYNOMOS (Germany) dan BODE PRETO (Brazil). 


DEADHEAD FANZINE #6.66 turut mengadakan liputan dan temubual istimewa bersama lagenda-lagenda metal/underground tempatan seperti PUNISHER/PICAGARI (Kuala Lumpur), VULGA (Perak), MAZETORMENT (Perak), SUFFERCATION (Kelantan), UNGODLY DEATH (Sarawak), DEATHROBE (Sabah) serta MATI KATAK ZINE (Kuala Lumpur). Selainnya, fanzine sepenuhnya berbahasa Inggeris ini turut memuatkan ratusan ulasan muzik, artikel, laporan, foto dan sebagainya yang diolah dan disusun dalam konsep "old-school" yang teratur dan menarik!

Harga (termasuk pos berdaftar): RM30/naskah |Untuk pembelian, sila hubungi Afterlife Productions di e-mel: afterlifeprod@yahoo.com atau WhatsApp: +19497500625 | Informasi: afterlifeprod.com

PSYCHOTIC SUFFERANCE - SPLIT BERSAMA SPOSA IN ALTO MARE



Diam-diam ubi berisi! PSYCHOTIC SUFFERANCE bangkit dengan kebingitan terbaharu menerusi sebuah rilisan split 7" bersama SPOSA IN ALTO MARE (Grindcore, Itali). Difahamkan ini adalah rilisan ke-6 dalam format vinyl (piringhitam) dari band Noisegrind paling berpengaruh dan terbaik dalam aliran sedemikian di negara ini. Split 7" EP ini dikeluarkan terhad 300 salinan (250 black/50 pink) melalui kerjasama beberapa label produksi antarabangsa; ZAS Autoproduzioni Records, Crit de Fàstic Records, Disturbed Mind Records, Gusto Rana Production dan THC & DIY Records. 

INFORMASI:

KUALA LUMPUR THRASHED 2015: OFFICIAL T-SHIRT


Acara tahunan KUALA LUMPUR THRASHED 2015 dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober di Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur. Disertai nama-nama besar dalam aliran Thrash Metal dan Deathrash tanahair antaranya VAULT, NIGHTWOLF, SUCCUBUS, STORMING STEELS dan EXOTHERMIX, keberlansungan Kuala Lumpur Thrashed untuk kali kelima ini pasti tidak lengkap kiranya tanpa t-shirt rasmi acara tersebut.

Sebagaimana edisi terdahulu, pihak penganjur tidak pernah lupa menyediakan merchandise yang boleh jadi kenangan para pengunjungnya di mana dengan kerjasama MAGENTA SCREEN PRINTING maka terhasillah Official "KL Thrashed 2015" T-Shirt.

Deskripsi:
:: RM40 - Gildan Premium - beli/ambil di lokasi
:: RM50 - Gildan Ultra - beli/ambil di lokasi
:: tambah RM7 kos pengeposan Semenanjung
:: tambah RM10 kos pengeposan Sabah/Sarawak
:: Gildan Premium Cotton Military Green saiz S - 3XL
:: Gildan Ultra Cotton Military Green saiz S - 2XL

Untuk tempahan dan pembelian sila hubungi Magenta Screen Printing: facebook.com/magentascreen atau Nahax: facebook.com/nahaxovfarasu / 012-2352094 (whatsapp). Pembayaran di akaun Maybank: 562357114644 (Magenta Screen Printing).

INFORMASI:
facebook.com/KL-Thrashed-527534500623358
facebook.com/events/1640064042901720

BERKAITAN:
KUALA LUMPUR THRASHED 2015

THE PILGRIMS - 01/12/2015 RILISNYA ACHTUNG RIDERS!


"Achtung! This Is Not A Metal Band" adalah rakaman dan rilisan album penuh terakhir THE PILGRIMS sebelum mereka mengendurkan aktiviti dan berehat panjang dari sebarang kerja rakaman terbaharu. Album tersebut dikeluarkan pada 2000 melalui syarikat Ponycanyon. Ini bermakna sudah 15 tahun THE PILGRIMS meninggalkan dan meningkatkan kerinduan di hati peminat-peminat dan penyokong setia mereka yang dahagakan lagu-lagu baru dari band yang ditubuh pada tahun 1987 ini (asalnya bernama HIJRAH). 

Harapan dan penantian bertahun penggemar dan pengikut THE PILGRIMS nampaknya bakal berakhir pada tarikh 1 Disember 2015 nanti bilamana band yang rata-rata mengenali mereka sebagai sebuah kumpulan muzik punk rock dijadualkan merilis sebuah album penuh baru berjudul "Achtung Riders". Album ke-6 mengikut perkiraan album studio rakaman THE PILGRIMS ini walaubagaimanapun dikatakan bakal kembali kepada format asal, muzik yang sedikit lebih keras iaitu Thrash Metal sepertimana satu-satunya demo mereka "Pilgrimage To Nowhere" (1990) ketika masih bergelar HIJRAH. 

Samada ini suatu penghijrahan atau lebih kepada kembali ke asal, muzikal THE PILGRIMS akan tetap sentiasa relevan dan berkait-rapat dengan integriti punkrock dan thrashcore sepertimana yang mereka lakukan di dua album terawal; "Perfume Garden" (Sonic Asylum, 1992) dan "Away From The Numbers" (Alternative Garage, 1994). "Achtung Riders" sudah pasti sebuah hadiah terbaharu dari sebuah band lagenda yang dinanti penuh teruja oleh seluruh penyokong muzik underground tempatan. Ingat tarikh ini: 1 Disember 2015 - "Achtung Riders" melanggar Malaysia!

INFORMASI:

DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY - DISKOGRAFI DALAM SATU KASET


DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY adalah sebuah nama yang secara dasarnya tidak lagi aktif setelah mereka merilis album penuh "Open Fire" melalui Infernal Kaos Productions, sebuah label Korea Selatan, pada Julai 2010. Ringkasnya dikenali sebagai DCA, band ini adalah yang terawal merintis irama War Black Metal di bumi Malaysia, malah imej ekstrim mereka diberikan liputan meluas di dada makalah sensasi Mastika suatu ketika dahulu. Sebelum "Open Fire", DCA terlebih dahulu memperkenalkan diri mereka melalui promo-tape "Blood War Death" (2003) dan EP "Blood War Death" (2005). Infernal Kaos Productions pernah merilis semula EP "Blood War Death" dengan penambahan beberapa lagu live sebagai bonus dan DCA juga pernah terbabit dalam kompilasi Metal To Metals dengan lagu berjudul "War to End All Wars".

Kini, setelah 5 tahun berlalu dan ketika DCA dilihat semakin jauh menyepi dari arena muzik metal tempatan, VARMT STÅL RECORDS (sebuah label yang diusahakan oleh salah seorang anggota DCA) telah mengambil langkah menghimpunkan kesemua lagu-lagu yang pernah dirakam dalam satu rilisan berformat Pro-Tape, berjudul "War to End All Wars" menampilkan ilustrasi yang pernah diguna pada kulit asal EP "Blood War Death" sebagai penghias hadapan kaset ini. Lebih menarik, material audio yang dimuatkan dalam kompilasi diskografi ini telah diberikan tenaga baru, remixed dan remastered di Temple of Incense oleh Marbuel. Pengeluaran pita "War to End All Wars" adalah cukup terhad pada kuantiti 100 salinan sahaja dan ianya dilancar dan mula diedar pada 17 Oktober 2015 bersempena Cassette Store Day pada hari tersebut. Harga jualan setiap unit hanyalah RM13 (tidak termasuk kos penghantaran pos).


Kepada yang berkeinginan untuk mendapatkan produk istimewa ini, sila dengan kadar segera hubungi pihak VARMT STÅL RECORDS di laman facebook.com/varmtasshit sebelum anda meracau sendirian terlepas peluang memiliki sebuah rilisan berstatus emas!

REPUTDEATH - BAKAL KELUAR DEMO KEDUA


Enjin Death Metal Kota Kinabalu, REPUTDEATH dijadualkan merilis demo baru mereka "Demo II" sekitar awal bulan hadapan, November 2015. Ini merupakan demo kedua mereka setelah kali pertama muncul dengan demo sulung "Into the Cryptos" keluaran Derangement Project Production pada tahun 2012 lalu. Menurut Mikail selaku jurucakap REPUTDEATH, "Demo II" akan mengandungi 5 buah lagu untuk mereka yang sukakan muzik Old-School Death Metal in the rotten, raw and ugly ways. Demo ini bakal dirilis oleh Chickenshit Rekod dalam format D.I.Y Tape. 

"Sebenarnya demo kedua ini sudah lama terbengkalai. Ia memakan masa hampir 3 tahun juga dar debut demo dahulu, haha!" kata Mikail yang merupakan gitaris kumpulan anak muda berkaliber ini. Menurut beliau, "Demo II" tak banyak beza sebenarnya (berbanding "Into the Cryptos" demo 2012) malah masih kekal dengan muzik Old-School Death Metal bawaan Autopsy, Obituary dan Nihilist. Sambutan dan kejayaan demo pertama dahulu telah begitu menggalakkan justeru kemampuan dan kedewasaan REPUTDEATH yang pada ketika ini (line-up 2015) terdiri daripada Sam (vokal), Faz (dram) dan Mikail (gitar) melalui "Demo II" yang bakal rilis harus diberi perhatian!


Nota: Gambar sekitar tahun 2013, sewaktu live gig pertama REPUTDEATH bersama Infernal Curse, Deathevoker, Disobeyed dan lain-lain ketika Tour Awakening Of The Damned band Infernal Curse (Arg) di mana ketika itu REPUTDEATH turut dianggotai Red Laceration (bekas pemain bass).

"Kalau dari segi struktur lagu mahupun riffing ada perubahan sedikit dari debut demo yang lepas. Jurang perbezaan tak besar sebenarnya. Jika perasan atau meneliti setiap riffing dalam debut demo dahulu mesti kamu sedar yang riffing serta kord guitar sentiasa berulang. Begitu juga dengan demo kedua ini nanti. Perubahan memang ada, itu memang saya tak boleh nafikan dalam demo yang baru ini. Apa yang mungkin sama adalah corak rakaman dan style mixing. Ini memang susah nak berubah. Bunyian kering BOSS HM-2 pedal dan disulami 'skanks beat' itulah antara isi-isi dalam demo ini nanti." Kata Mikail yang begitu teruja memperjelaskan isi-kandung rakaman terbaharu mereka. Ini sudah pasti sesuatu yang amat menjanjikan!!

Informasi: Mika Rot - facebook.com/muhammad.mikail.3

2015-10-20

PEDAL TO THE METAL ZINE - CADANG TERBIT ISU PERTAMA


FAITHCRAFT PRODUCTIONS bercadang untuk menerbitkan isu pertama sebuah zine yang akan menyiarkan aktiviti-aktiviti "Pedal To The Metal" yang dijadualkan keluar pada Disember 2015 ini. PEDAL TO THE METAL direncanakan sebagai zine indie yang mengkhususkan kepada penulisan falsafah, travelog, kesenian dan kebajikan. Pedal To The Metal akan memberi fokus kepada:

● Siri pengembaraan berbasikal 'Pedal to the Metal'
● Promosi kerja-kerja sosial dan institusi kebajikan
● Temubual personaliti musafir (tidak terhad kepada pemuzik sahaja)
● Aktikel dan falsafah
● Lukisan
● Berita muzik dan promosi band bawah tanah

Pedal To The Metal akan mengekalkan kaedah cetakan tradisional (isi kandungan xerox dan kulit cetakan pro), begitu juga dengan reka letaknya. Tiada censorship dan tiada limitasi kecuali beberapa elemen yang akan disenaraikan kelak. Sesiapa yang ingin menyumbang karya untuk isu sulung ini sila hubungi:

Facebook: facebook.com/pedatodameta
E-mel: faithcraftproductions@yahoo.com
Tel: 014-9002612
Alamat surat menyurat: No. 8 Jalan Seberang Jaya 2, Taman Seberang Jaya, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

INFORMASI:
faithcraftmobile.blogspot.com

2015-10-15

BLAZT PROMOTION: DELUSI - MALAPETAKA



"Malapetaka" is such a special release from Delusi. It's Spiritual Ambient soundscapes mixed with Harsh / Noise / Drone / Industrial elements. Earth is so near to The End. Prepare for the Armageddon!! 5 tracks included in this limited 16 pcs CD-R. Price: RM5 (postage not included).

blaztpromotion.blogspot.com
facebook.com/blaztpromotion

BLAZT PROMOTION: XULTHULIST - INTO FORESTS UNKNOWN (REHEARSALS)



There's almost no information about Xulthulist. Only contacts via e-mail reach them! "Into Forests Unknown" comprises 6 tracks including intro and outro compiled from few unreleased rehearsals from this mysterious act. Xulthulist plays hateful yet misanthropic Black Metal anthems! Hellishly limited to 25 copies. Price: RM5 (postage not included).

blaztpromotion.blogspot.com
facebook.com/blaztpromotion

BLAZT PROMOTION: OMEN / AJAL - LIVE DESECRATION



Raw Black Metal assembled from these 2 nowadays inactive bands; Omen (Kelantan) and Ajal (Selangor). Tracks recorded live from their shows and rehearsals. Utterly primitive, ugly and infernal dark sounds! Exclusively limited to 44 copies! Price: RM10 (postage not included).

blaztpromotion.blogspot.com
facebook.com/blaztpromotion

2015-10-11

KALAMALAM - RACUN HITAM INDERA KAYANGAN


Perlis walaupun dilihat agak terselindung dari gerakan menyeluruh muzik berat Malaysia hari ini, tetapi hakikatnya itulah negeri yang melahirkan beberapa lagenda utama dalam scene metal ekstrim tempatan, antaranya BLACKFIRE, SIL KHANNAZ, SACRIFICATION, THE RAVENS dan sebagainya. Di tahun 2015 ini telah menyaksikan munculnya sebuah band generasi baru bergelar KALAMALAM yang bakal meneruskan legasi kehebatan metal ciptaan band-band dari negeri paling utara Semenanjung.

Berpengkalan di Arau, KALAMALAM yang dianggotai oleh Burn (vokal/gitar), Jarn (bass) dan Yanz (vokal) menggalas muzikal unholy Black Metal di bawah inspirasi kegelapan Norway seperti DARKTHRONE, BURZUM, TAAKE dan SATYRICON. 

Kiri - Kanan: Yanz, Jarn, Burn.

“Asalnya band ini ditubuhkan pada tahun 1999 dengan nama SILAWANGI di mana line-up masa itu ialah Burn (gitar), Jarn (bass), Yanz (vokal) dan Akim (dram). SILAWANGI sempat merakam dua buah lagu dan keluarkan studio demo “Evil in a Friday Night”. Selepas itu band berpecah dan saya tubuhkan band baru REJAMAN yang sempat buat satu lgu. Seterusnya pada tahun 2005 saya tubuhkan pula band KASTURI dan memiliki beberapa lagu namun tiada kesempatan memasuki studio untuk rakaman. Kini tahun 2015, saya (Burn), Jarn dan Yanz bergabung semula untuk menghidupkan SILAWANGI dengan menggunakan nama baru iaitu KALAMALAM.” cerita Burn menghuraikan rentetan penubuhan band beliau dan rakan-rakannya.


KALAMALAM pada kebanyakan daripada kita mungkin sebuah nama yang asing dan tidak pernah didengari sebelum ini. Namun tanpa petanda dan amaran, unit kendalian 3 pemuzik berbakat ini baru sahaja menzahirkan demo pertama berjudul “Racun Hitam” di mana 3 buah lagu diketengahkan; Binasa Racun Hitam, Sumpahan Amalan, dan Lagenda Chendrawaseeh. Proses rakaman dan adunan demo ini telah dijalankan di BMC Studio, Arau, Perlis. Sebuah lagu – Binasa Racun Hitam – telah juga diperdengarkan di YouTube di laluan: youtu.be/-cNZXzMtQkQ.


Sekiranya anda di luar sana yang ingin memberikan sokongan kepada KALAMALAM dan mendapatkan demo “Racun Hitam”, segeralah hubungi Burn (Ibni Ibrahim) di laman: facebook.com/ibni.ibrahim.7 atau secara WhatsApp di talian: 0174411744. Sekeping demo tersebut diedarkan pada harga RM10 dan tambahan kos penghantaran kiranya melalui pesanan pos.

INFORMASI:

2015-10-10

GRUNDAR PRODUCTION - GP013: ERECTILE "PORN ATTITUDE" CD


Label Death/Grind berprestij di Johor Bahru iaitu GRUNDAR PRODUCTION terus produktif dalam merilis di mana terbaharu pada 10 Julai 2015 telah dikeluarkan produk CD dari ERECTILE berjudul "Porn Attitude" [Kat#: GP013]. ERECTILE adalah band berkonsepkan Brutal Porn Gore Grind dari Ipoh, Perak ditubuhkan pada Julai 2014 dan terdiri daripada Pjoy Deepthroater (vokal), Dee Bondage (gitar), Anal Zul (bass) dan Perverted Bone (dram). "Porn Attitude" merupakan EP pertama dari ERECTILE, memuatkan 6 buah lagu dalam aliran sebagaimana yang dimainkan band-band seperti Jig-Ai, Gutalax, Ultimo Mondo Cannibale, Carnal Diafragma dan Spasm serta suntikan element buas yang tersendiri. Bagi GRUNDAR PRODUCTION, muzik ERECTILE tidaklah terlalu pantas tetapi pemuzik ini tahu bagaimana untuk mengkacuk-adukkan kengerian Gore Grind dan kebuasan!



"Grundar kerap terima submission demo dari band-band dalam dan luar negara tapi yang ini memang tak boleh tahan. Dram diperkosa dengan begitu konsisten. Tidak ditahap blast atau kecepatan yang melampau, tapi konsisten dan kemas disamping tone yang sekata. Ditambah sound bass yang bulat dan kemahiran bassist yang begitu serentak dengan irama yang dimainkan. Vokal yang meraung-raung seperti tiada esok lagi untuk berporno. Beat-beat yang tidak terlalu blast dan sungguh terasa nuansa gore dan death-nya. Seperti tidak percaya jika ada generasi muda yang ingin bermuzik seperti ini kalau di Malaysia. Kalau tidak diberi peluang, siapa lagi???", ujar Zahirul Faiza Zakaria atau Prop panggilannya selaku pemilik GRUNDAR PRODUCTION.

Berdasarkan sumber grundar.com, pengeluaran ERECTILE "Porn Attitude" CD terhad 100 salinan sahaja dan telah mula dipasarkan pada harga RM12 (edaran di tangan) atau melalui pesanan pos dengan tambahan RM7 (Semenanjung) / RM10 (Sabah & Sarawak) untuk khidmat poslaju. Ayuh segera hubungi GRUNDAR PRODUCTION untuk rasai nikmat porno yang menggoncang!!!

INFORMASI:
grundar.com
facebook.com/grundarproduction
facebook.com/erectile6o9

2015-10-09

14/11/2015 - HRC MELAKA LIVE MUSIC: SIL KHANNAZ & BRAIN DEAD

TARIKH: 14 NOVEMBER 2015 | LOKASI: HARD ROCK CAFE MELAKA, NO. 28 LORONG HANG JEBAT, 75200 MELAKA | MASA: 4PTG | TIKET: RM40 | BAND: SIL KHANNAZ / BRAIN DEAD | NOTA: Ini adalah persembahan pertama kumpulan Death Metal berpengaruh SIL KHANNAZ dalam rangka melancar dan mempromosi EP terbaharu "Thunder Roar" yang mula dipasarkan pada 29 September lepas manakala lagenda Death Metal Taiping BRAIN DEAD juga difahamkan turut dalam proses menulis dan merakam material baru untuk keluaran akan datang!






INFORMASI:
facebook.com/events/1624018517859689
facebook.com/Sil-Khannaz-44886560846
facebook.com/BRAIN-DEAD-86146964427
facebook.com/hardrockcafemelaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...