2016-01-01

ULASAN | SIL KHANNAZ - THUNDER ROAR



SIL KHANNAZ - Thunder Roar
Mamat Records, 2015

Tatkala menghampiri 30 tahun usia perjalanan Sil Khannaz dalam arena muzik metal tempatan, band seperti ini bukan sahaja tidak lagi perlu diperkenalkan malah apa sahaja produk berjenama Sil Khannaz yang dikeluarkan tidak wajar menjadi pertikaian. Sil Khannaz hari ini telahpun berada pada tahap dan kedudukan mereka yang tersendiri. Justeru itu, apa yang perlu mereka terima (atau lebih tepat apa yang perlu kita berikan) adalah penghargaan dan sokongan padu tanpa ada belah-baginya. "Thunder Roar" mungkin sekadar sebuah EP 4-lagu tetapi nilainya cukup tinggi buat kita yang sering tertanya dan ternanti rakaman-rakaman baru dari sebuah band otai yang tidak lagi produktif. Memang benar, kita tidak akan dapat perolehi kembali emosi sewaktu lahirnya kehebatan "Conception of Madness" mahupun "Pendita Gila". Paling tidak, Sil Khannaz menjejaki semula intergriti era "Gerbang Kayangan" dan "Bara Pawaka". Yang penting, Sil Khannaz tidak sesekali mengabaikan kredibiliti mereka sebagai sebuah band Death Metal biarpun disulami adaptasi dan fleksibiliti terhadap usia mereka. Berikan penghormatan kita kepada Sil Khannaz. Bagi saya, "Thunder Roar" adalah sebuah rilisan "wajib-beli" dan "mesti-milik" bagi semua warga metal Malaysia, tanpa ada dolak-daliknya. Lupakan tentang kurang-lemahnya yang ada. Tiada siapa yang sempurna. Pandanglah pada semua kelebihan yang Jaie dan rakan-rakannya miliki. Rumah yang kita duduki hari ini adalah hasil binaan mereka-mereka ini suatu ketika dahulu. Tidak berapa lama lagi kita takkan dapat melihat Sil Khannaz kerana mereka kini berada di titian senja. Berdoalah agar Sil Khannaz diberi kesihatan yang baik agar mereka dapat mengeluarkan sebuah album penuh pada hari ulangtahun ke-30 penubuhannya untuk melengkapkan kembara seni sebuah lagenda.

facebook.com/Sil-Khannaz-44886560846
facebook.com/MAMAT-Records-663147283827614

2 ulasan:

  1. Pada sesiapa yg menginginkan ep Thunder Roar ini boleh dapatkan dari sy. Whatsapp 0127197697 (Seth)

    BalasPadam
  2. Pada sesiapa yg menginginkan ep Thunder Roar ini boleh dapatkan dari sy. Whatsapp 0127197697 (Seth)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...