2016-05-04

28/05/2016 - HRC MELAKA LIVE MUSIC: SUFFERCATION / INFECTIOUS MAGGOTS / FARASU

TARIKH: 28 MEI 2016 (SABTU) | LOKASI: HARD ROCK CAFÉ MELAKA, NO. 28 LORONG HANG JEBAT, 75200 MELAKA | MASA: 3PTG | TIKET: RM40 | BAND: SUFFERCATION / INFECTIOUS MAGGOTS / FARASU | ANJURAN: ANJURAN: HRC MELAKA / RAWK PORTAL


Hard Rock Café Melaka terus menjadi platform mengangkat martabat muzik berat tanahair. Ini kali ketiga Kota Bersejarah menerima kehadiran pemuzik-pemuzik metal di lokasi berprestij itu, setelah kali pertama bersama SIL KHANNAZ & BRAIN DEAD (14/11/2015) dan kemudiannya FTG & NECROTIC CHAOS (27/022016). Bertarikh 28 Mei 2016 akan datang, giliran SUFFERCATION dan INFECTIOUS MAGGOTS disertai FARASU pula menggegarkan ruang dan suasana Hard Rock Café Melaka.



SUFFERCATION – Ditubuhkan sekitar tahun 1988 di Pasir Mas, Kelantan, Suffercation mencipta sejarah menjadi band Death Metal pertama yang merakam dan mengeluarkan album penuh di negara ini. Gahnya “Day of Darkness” telah meletakkan arena metal tempatan di peta muzik ekstrim dunia. Album keluaran Valentine Sound Productions pada pertengahan 1992 tersebut tidak pernah luput ditelan zaman, terus didengari sehingga kini malah telahpun ada beberapa siri keluaran semula. Tampilnya Suffercation di Hard Rock Café Melaka nanti, mereka dijadualkan memperaga kesemua lagu dari album “Day of Darkness”. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati barisan lagu-lagu klasik seperti Satan Cries, Carnage of the Christ, Belial Conspiracy dan sebagainya dimainkan di persada pentas. Inilah ketulenan Death Metal yang sukar anda temui pada hari ini.

INFECTIOUS MAGGOTS – Fakta yang tidak boleh diubah, Infectious Maggots adalah band berkonsepkan Grindcore yang pertama mengeluarkan album penuh di Malaysia. “Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red” dikeluarkan pada tahun 1993 oleh Sonic Asylum Records. Pasti ramai yang merindui lagu-lagu hebat kumpulan ini umpamanya Shapechanger, Black Ritual Ceremony dan Earwax Remover kerana Infectious Maggots tidak selalu beraksi di pentas. Kehadiran Infectious Maggots di Hard Rock Café Melaka nanti sudah tentu mengubat keinginan melihat kelibat Fathul memainkan perasaan anda sekalian! Menariknya, sepanjang awal tahun 2016 ini difahamkan Infectious Maggots berkurung di sebuah studio untuk proses rakaman album baharu dan jika tiada aral melintang mahakarya terkini dari band ini bakal turut rilis pada hari tersebut (28/05/2016). Juga dikhabarkan, album itu adalah penglibatan terakhir Fathul bersama Infectious Maggots. Karisma sang pelantun suara yang tiada tolok-bandingnya. Saksikan nanti!

FARASU – Tanpa ragu-ragu, Farasu adalah lambang kegemilangan muzik metal tempatan era alaf baru. Mereka bukan sekadar kesinambungan revolusi 90-an tetapi sebuah band yang meletakkan misi dan visi menjulang tinggi kualiti metal buatan Malaysia di mata dunia. Ditubuhkan sekitar awal 2000-an, Farasu pada hari ini adalah sebuah band yang cukup besar dan tersebar namanya. Farasu antara contoh terbaik kumpulan-kumpulan muzik metal tempatan yang berjaya. Kesungguhan, kematangan serta daya kreativiti yang tinggi yang ada pada setiap anggota kumpulan Farasu membolehkan mereka menghasilkan satu bentuk muzik adunan Eastern Metal dan Melodic Death Metal yang begitu padu dan bermutu! Jatidiri Farasu cukup menyerlah dalam “Against Tyranny”, album kedua mereka yang dipasarkan pada tahun 2015 lalu. Mereka akan buktikannya di Hard Rock Café Melaka nanti dan anda perlu hadir untuk menjadi saksi pada tarikh 28 Mei 2016 tersebut.


T-shirt official untuk acara ini juga dikeluarkan! Tempahan untuk memiliki t-shirt ini dibuka sehingga 20 Mei 2016. Sekiranya berminat, sila hubungi Facebook: Masumi DiGiorgio atau WhatsApp: 012-9199628. Ayuh sokong Muzik Metal Malaysia!

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...