2015-10-29

INHUMAN - MAHU RILIS "AWAKENED AT WORLD'S END" EP


INHUMAN berkemungkinan kurang dikenali di kebanyakan generasi baru penggemar muzk metal tempatan masakini namun hakikatnya inilah antara kumpulan muzik berat yang mengisi perkembangan awal metal underground di negara ini. INHUMAN ditubuhkan pada Oktober 1990 di Kuala Lumpur, aktif sekitar 5 tahun dan kemudiannya terbubar di tahun 1995 tanpa meninggalkan satu pun bahan rakaman untuk dijadikan bukti keujudan mereka. Hanya kemunculan di acara gemilang The Gathering ...beyond the Northern Winds bertarikh 31 Disember 1993 di Dewan St. John, Ipoh menjadi kenangan terindah bukan sahaja buat ahli-ahli band ini tetapi sebahagian besar peminat muzik metal pada ketika itu.

Setelah perpecahan pada 1995, INHUMAN terus menghilang dan bagai seakan tiada lagi harapan untuk mendengar semula nama tersebut. Akan tetapi, sebuah kenyataan bukanlah suatu yang maktub dan boleh terubah tanpa tiada siapa menjangka! INHUMAN kembali bernyawa dan nama mereka kian bergema bermula pengeluaran sebuah single D.O.D pada pertengahan Januari 2015, dikuti beberapa single lain; Awakening, Breathing Fire, Black Flag Rise dan yang terbaharu berjudul DuKhan.


Di peringkat awal penyatuan semula INHUMAN dalam di persada muzik metal Malaysia hanyalah oleh 3 anggota asal iaitu Fen Malique (gitar), Ishan Yusoff (gitar) dan Art (dram). Mie (vokal) dan Rizal Omar (bass) tidak dapat turut serta dek kerana kekangan dan komitmen lain. Susah-payah Fen Malique dan rakan-rakannya menitipkan roh dalam perjuangan INHUMAN akhirnya dibayar dengan kehadiran Hazry Plet melengkapi barisan keanggotaan band sediada dan dengan ini, INHUMAN telahpun berada dalam kedudukan yang cukup bersedia untuk menyambung hayat tradisi Death/Thrash Metal old-school yang pernah mereka hidangkan seawal tahun 90-an dahulu. Awas!


Benar dan sah!.. INHUMAN pada hari ini 29 Oktober 2015 telah mengumumkan bakal zahir dari mereka sebuah EP 4-lagu berjudul "Awakened At World's End". Ini lambang kebangkitan INHUMAN, satu hadiah buat seluruh penyokong mereka yang menanti sekian lama sesuatu dari band ini. Empat buah lagu yang disenaraikan bakal termuat dalam "Awakened At World's End" adalah; (1) Breathing Fire, (2) Show No Remorse, (3) Awakening, dan (4) At World's End. Bersedialah! Nantikan tarikh lahirnya!!!

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...